Saturday, April 20, 2013
Berdengkur.... Normal atau Mudarat?
Mencegah lebih baik daripada mengubati...Adakah dengkuran anda normal atau membawa mudarat?
Supplemen cadangan untuk menghilangkan dengkuran dari Shaklee ialah... Omega Guard, Vit b kompleks, vit E kompleks dan Osteomatrix.
LETIH.. .. .. berdengkur menyebabkan tidak cukup tidur
Bagaimana dengkur berlaku
LETIH.. .. .. berdengkur menyebabkan tidak cukup tidur.
APABILA membincangkan topik berdengkur, terlintas di fikiran ia adalah isu lelaki, tetapi tahukah anda ramai juga wanita ada masalah ini, cuma malu hendak mengakuinya. Kajian menunjukkan 60 peratus masalah berdengkur berlaku pada lelaki dan 40 peratus lagi membabitkan wanita.
Kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan seseorang. Kesan paling cepat dan jelas ialah kerap berasa letih dan mengantuk pada waktu siang.
Yang membimbangkan ialah, ia meningkatkan risiko untuk golongan yang ada masalah tidur berdengkur terbabit dalam kemalangan jalan raya akibat terlelap ketika memandu.
Bagaimana berdengkur boleh menyebabkan seseorang itu kurang tidur kerana pada anggapan umum, dengkuran menjadi tanda tidur yang nyenyak? Sebenarnya, dengkuran boleh membuatkan kita kerap terjaga daripada tidur dan biasanya kita mengambil sedikit masa untuk kembali lena. Apabila tidur kerap terganggu, kita berasa letih dan mengantuk keesokan harinya.
Secara purata, kita menghabiskan satu pertiga daripada hidup dengan tidur. Tidur bukan perkara sia-sia kerana ia adalah waktu untuk badan berehat, meningkatkan keupayaan mental, ingatan dan fungsi psikologi.
Malah, ketika tidur juga badan berpeluang menghasilkan sel baru dan memperbaiki tisu rosak. Sesetengah orang bertuah kerana mereka mudah terlena sebaik meletakkan kepala di bantal
Tidur adalah fasa tidak sedar sementara. Bagi kebanyakan orang, waktu tidur yang cukup ialah antara tujuh hingga sembilan jam.
Bagaimanapun, tempoh tidur bukan perkara utama kerana ramai orang yang mendakwa cukup tidur masih mengantuk pada waktu siang dan segar pada waktu malam, penat, cepat marah, emosi berubah dan rasa tidak sihat.
Tanda di atas menunjukkan kita sebenarnya tidak cukup tidur. Lebih membimbangkan ialah, orang yang tidak cukup tidur lebih mudah terbabit dalam kemalangan sama ada di jalan raya atau tempat kerja.
Masalah ini juga boleh menjejaskan prestasi kerja dan dalam kes ekstrem, ia membawa kepada masalah rumah tangga dan perceraian kerana emosi tidak stabil.
Adakah dengkur masalah biasa? Ya, di kalangan orang dewasa, kira-kira 45 peratus sekali-sekala dan 25 peratus lagi berdengkur setiap hari, kata Penasihat Respiratori/Tidur Pusat Pakar Alpha, Dr Lau Wee Ming.
Walaupun masalah ini lebih kerap berlaku pada lelaki, biasanya isteri yang membawa suami berjumpa doktor kerana tidak tahan dengan dengkuran mereka.
Di Malaysia, dianggarkan lebih lima juta rakyat negara kita berdengkur. Kajian mendapati dalam populasi sesebuah negara, secara purata 45 peratus lelaki dan 30 peratus wanita berdengkur pada kadar biasa.
Kajian Synovate Omnibus pada Jun 2008 ke atas 1,006 penduduk Semenanjung Malaysia mendapati, empat daripada 10 orang berdengkur, 36 peratus mengakui dengkuran mereka mengganggu tidur pasangan dan 53 peratus lagi mendakwa tidur terganggu akibat dengkuran pasangan.
Walaupun lebih 50 peratus mengalami gangguan tidur akibat dengkur, sembilan daripada 10 tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah itu.
Soal selidik itu menunjukkan kebanyakan yang berdengkur adalah lelaki (57 peratus berbanding 43 peratus wanita), berkahwin (62 peratus berbanding 38 peratus bujang) dan untuk perbandingan bangsa, masalah ini dilaporkan lebih kerap pada orang Melayu (63 peratus) berbanding Cina (26 peratus) dan India (11 peratus).
“Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. Jika seseorang berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika,” kata Dr Lau.
Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian tisu lembut pada hujung lelangit yang kelihatan tergantung dan berhampiran dengan tekak, dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat.
Jika tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia akan bergetar. Getaran ini menghalang dan menyempitkan laluan udara. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan dalam kerongkong menjadi tinggi.
Semakin tinggi tekanan, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong dan keadaan ini menyebabkan bunyi dengkur. Dengkuran menjadi lebih kuat jika tekanan dalam saluran pernafasan semakin tinggi.
Untuk mengatasi perkara ini, mulut secara automatik terbuka bagi membolehkan lebih banyak udara masuk dan masalah berdengkur lebih kerap berlaku pada orang gemuk kerana kehadiran banyak tisu lemak pada saluran pernafasan.
Menurutnya, punca dengkuran kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Dengkuran kanak-kanak biasanya disebabkan masalah tonsil atau adenoid (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung). Rawatan untuk kanak-kanak berdengkur juga lebih mudah iaitu dengan membuang tonsil yang bengkak atau besar.
Pada kanak-kanak, dengkuran dianggap perkara normal, tetapi jika berlanjutan sehingga dewasa ia menjadi gangguan bukan saja pada individu berkenaan, tetapi kepada pasangan atau orang lain yang tidur berhampiran.
Beberapa faktor lain boleh menyebabkan seseorang berdengkur seperti:
Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara
Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk
Terlalu letih
Minum banyak minuman keras sebelum tidur
Masalah saluran pernafasan
Mengalami masalah apnea tidur. Seseorang itu dikatakan mengalami apnea tidur apabila pernafasannya terhenti seketika sewaktu dia tidur. Dengkuran kuat juga terhenti seketika (biasanya lebih kurang 10 saat). Oleh kerana pernafasan terhenti, berlaku kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida yang menyebabkan individu berkenaan terjaga dengan diikuti dengkuran kuat. Keadaan ini juga dipanggil apnea tidur obstruktif (OSA) dan biasanya dengkuran akibat OSA mempunyai rentak tertentu.
Kajian terbaru dilakukan penyelidik Universiti York di England mendapati, gangguan tidur boleh mempengaruhi proses pembelajaran seseorang dan menyebabkan mereka lebih sukar mengingat apa dipelajari.
Adakah berdengkur tanda penyakit?
Berdengkur bukan penyakit tetapi ia dikategorikan sebagai masalah perubatan, terutama bagi individu yang alami apnea tidur, kerana boleh mengundang kedatangan pelbagai penyakit seperti strok dan tekanan darah tinggi, kata Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Ng Wai Keong.
Kurang pengetahuan mengenai kesan negatif berdengkur menyebabkan ramai tidak menganggapnya sebagai masalah. Gejala paling biasa dialami akibat tidur berdengkur ialah keletihan, mengantuk, daya tumpuan terjejas, cepat marah dan tertekan.
“Apa masalahnya jika mengalami OSA? Banyak. Apabila pernafasan terhenti, kita mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan. Kekurangan oksigen memberi tekanan kepada jantung untuk berfungsi dengan cekap.
“Lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah menjadi lebih tinggi yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok. OSA juga boleh mengakibatkan degupan jantung menjadi tidak normal.
“Ada kajian mendapati, berbanding orang lain, individu berdengkur kuat mempunyai risiko 34 peratus untuk mengalami serangan jantung dan strok (67 peratus).
“Ramai orang yang ada masalah OSA tertidur ketika memandu yang bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi nyawa orang lain. Malah, ia menyebabkan tidur pasangan atau orang yang hampir dengannya terganggu dan turut mengalami gejala seperti orang berdengkur tadi,” katanya.
Antara gejala apnea tidur ialah:
Rasa sangat mengantuk pada waktu siang
Dengkuran terganggu
Insiden tercekik di tengah malam (ketika tidur kerana tidak cukup oksigen dalam badan)
Tidur tidak lena
Nokturia (kerap kencing di tengah malam)
Tidak boleh menumpukan fikiran
Mengalami masalah daya ingatan
Kemurungan
Mudah terganggu
Keinginan seksual menurun
Apnea juga boleh mengganggu kualiti tidur dan hidup pasangan kerana mereka kerap terjaga akibat dengkuran kuat
Rawatan
Menurut Dr Lau, beberapa kaedah bukan pembedahan boleh digunakan mengatasi masalah dengkur seperti:
Mengubah gaya hidup dan mengurangkan berat badan khususnya bagi individu yang terlalu gemuk
Elak minum minuman beralkohol, mengandungi kafein (seperti kopi) dan merokok sebelum tidur
Mengubah posisi ketika tidur dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah dengkur. Masalah ini lebih jelas jika tidur terlentang berbanding tidur mengiring
Jangan bersenam sebelum tidur kerana ia membuatkan seseorang berasa lebih segar dan sukar melelapkan mata
Elak keadaan yang boleh membuatkan anda terhutang tidur seperti menonton televisyen atau melayari Internet hingga jauh malam. Jika terhutang tidur, elok digantikan segera; sebaik-baiknya pada keesokan harinya
Titik beratkan kebersihan persekitaran tempat tidur dan pastikan bilik tidur anda dalam keadaan menenangkan
Gunakan pelekap khas pada hidung yang membantu membuka saluran pernafasan menjadi lebih besar
Gunakan semburan hidung
Jangan ambil pil tidur walaupun anda ada masalah sukar melelapkan mata. Pil tidur membuatkan otot anak tekak menjadi lebih rehat dan akibatnya, dengkuran bertambah kuat
Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Sunway, Dr Gan Tong Nee berkata, kaedah pembedahan boleh dilakukan bagi kes OSA yang teruk. Bagaimanapun, ia bergantung kepada anatomi saluran pernafasan seseorang dan tahap keterukan masalah.
“Mengapa perlukan pembedahan? Orang kini mahukan penyelesaian cepat dan ramai menghadapi masalah mengurangkan berat badan. Malah ramai mengadu tidak selesa menggunakan peralatan bagi membantu pernafasan ketika tidur,” katanya.
Jenis pembedahan tertakluk kepada keadaan seseorang, tetapi secara umumnya ia dibahagi kepada dua iaitu:
Pembedahan konvensional yang dipanggil uvulopalatopharyngoplasty (UPPP) untuk membuang sedikit tisu uvula bagi meluaskan saluran pernafasan. Kaedah ini biasanya dilakukan untuk individu yang ada tonsil besar dan ia kurang popular kerana sangat menyakitkan. Selepas pembedahan, pesakit perlu mengambil makanan lembut
Pembedahan laser (LAUP) bagi membuang tisu uvula untuk mengurangkan getaran tisu dalam kerongkong ketika tidur
“Ia bukan pembedahan besar tetapi individu OSA perlu mengambil cuti rehat kerana sesetengah pembedahan menyakitkan.
“Kini ada kaedah lain boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah berdengkur iaitu implan Pillar yang ditanam pada lelangit lembut.
“Penanaman implan ini bertujuan mengeraskan sedikit lelangit lembut supaya tidak mudah ‘jatuh’ dan menghalang aliran udara ketika tidur,” katanya.
Melalui kaedah ini, doktor menyuntik tiga implan bersaiz 18 milimeter dengan garis pusat dua milimeter ke lelangit lembut selepas diberi bius setempat.
Kaedah ini hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit dan pesakit sedar ketika implan disuntik. Ini satu-satunya kaedah pembedahan minimali invasif (yang mudah dan cepat tanpa membabitkan luka pembedahan).
“Selepas pembedahan, pesakit boleh kembali bekerja atau menyambung aktiviti hariannya. Mereka boleh makan seperti biasa kerana ia tidak membabitkan pembuangan tisu dalam mulut.
“Kesan atau keberkesanan teknik ini berbeza antara individu dan bergantung kepada tahap dengkuran setiap orang. Biasanya dengkuran berkurangan secara perlahan-lahan dan kesan terbaik boleh dilihat selepas tiga bulan iaitu apabila implan ‘bersatu’ dan membuatkan lelangit lembut menjadi keras,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, bukan semua orang sesuai mendapatkan rawatan ini. Ia hanya dilakukan ke atas individu berumur 18 tahun ke atas, tidak obes (Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 32), ukuran lelangit lembut melebihi 25 milimeter, tiada masalah saluran hidung tersumbat dan tiada sejarah pembedahan farink.
Friday, April 12, 2013
Advanced Joint Health Tablet
Joint Health Tablet
Bagaimana ia berkesan?
Shaklee Advanced Joint health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara:
1- Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswellia :
-Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
- Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.
2- Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak jagung :
- Membantu mengekalkan tulang rawan
- Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
- Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.
3- memelihara tisu penyambung yang sihat
Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C merupakan nutrien terpenting dalam kesihatan sendi. ini kerana zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Keistimewaan Nutriferon..Promo April 2103 buy 6 free 1..
Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
Ekzema dan penyelesaiannya
Entry ini khas buat para ibu-bapa yang berdepan dengan anak-anak yang mempunyai anak yg ekzema.
Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.
Sebagai solution kepada ekzema, saya mengesyorkan anda mencuba 3 jenis produk iaitu Mealshake bagi kanak-kanak setahun keatas, Herbal Blend sebagai krim sapuan dan juga Basic H sebagai mandian anak.
Ikuti kisah Iffah Anuar yang berpuas hati dengan 3 produk ini :
Bagi anak-anak yang masih breastfeed pulak, si ibu disyorkan utk mengambil set B dengan tambahan ESP sebagai cure dimana semua vitamin ini akan disalurkan melalui susu ibu kepada anaknya.
Asma dan Lelah
Buat pesakit asma mengambil beberapa supplement yang dapat membantu pesakit daripada melalui fasa kritikal asma. Antara supplement tersebut ialah asas, protien,multivitamin, b complex, vitamin C, beta carotene dan juga zinc. Sekali pandang pastinya anda merasakan banyak namun pada mereka yang ingin mengambil yang khusus sahaja, mereka digalakkan mengambil vitamin C, vitamin A (Beta Carotene) dan zinc.
Ketiga-tiga supplement ini telah membantu ramai teman saya yang mempunyai asma menjadi lebih sihat dan serangan asma telah berkurang. Apa yang saya pasti antara kesan nyata setelah mengambil supplement ini, pesakit asma akan mengeluarkan lendir yang terperangkap dalam paru-paru pada awal pagi.
Andai diberi pilihan untuk menentukan keseriusan antara dua jenis penyakit, iaitu serangan jantung dan serangan asma, saya pasti ramai yang memilih serangan penyakit jantung. Banyak orang berpendapat, serangan jantung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan kematian jika dibandingkan dengan serangan asma yang akut.
Pendapat anda memang tepat, tetapi anda mungkin silap. Hakikatnya, membiarkan penghidap asma mendapat serangan akut tanpa rawatan sebenarnya boleh mengundang maut.
Ini adalah sedikit info yang saya perolehi tentang penyakit asma.
Pakar Perunding Pulmonari dan Penjagaan Kritikal, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia/Global Initiave For Asthma (WHO/GINA), Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai berkata, pandangan yang mengatakan asma adalah penyakit kronik yang tidak mengakibatkan kematian menyebabkan sebahagian besar pesakit asma tidak mengawal penyakit mereka dengan baik. Menurut beliau, kebanyakan penghidap asma hanya mendapatkan rawatan apabila terkena serangan atau menghadapi gejala seperti nafas berbunyi atau sesak nafas. “Biasanya pesakit yang mendapat serangan asma akut akan dirujuk ke Jabatan Kecemasan di mana mereka akan dirawat. Rawatan ini akan mengurangkan gejala sesak nafas tetapi ia tidak dapat merawat masalah asma sepenuhnya,” ujarnya. Amalan rawatan seperti itu menyebabkan ramai di kalangan penghidap asma tidak dapat mengawal penyakit yang mereka hidapi.
Asma atau juga dikenali sebagai penyakit lelah merupakan sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik. Ia dicirikan dengan masalah pada sistem pernafasan yang berulang. Semasa bernafas, udara bebas keluar masuk ke dalam paru-paru. Bagaimanapun, semasa serangan asma berlaku, pernafasan menjadi sukar kerana berlaku pengecutan otot di sekeliling saluran pernafasan.Pada masa yang sama, selaput saluran pernafasan akan mengalami radang di mana kedua-dua unsur ini menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas.
Pada hari ini dianggarkan 200 juta orang di seluruh dunia menghidap asma. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyakit diabetes iaitu sebanyak 145 juta orang.
Di kebanyakan negara, asma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Dr. Jeyaindran, dianggarkan 40 hingga 50 kes serangan asma akut dirawat di Jabatan Kecemasan HKL setiap hari. Berbanding dengan serangan jantung, hanya satu atau dua kes sahaja penghidap penyakit itu dirawat di jabatan berkenaan setiap hari.“Oleh kerana jumlah pesakit asma yang terlalu banyak dan risiko kematian rendah, serangan asma akut kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan penyakit jantung.
“Memandangkan serangan jantung boleh meningkatkan risiko kematian sebanyak 80 peratus, maka ia dianggap lebih serius dan mendapat perhatian lebih rapi berbanding asma,” katanya.
Mengikut kajian, seperti juga serangan penyakit jantung, serangan asma akut merupakan masalah perubatan yang perlu diberi keutamaan. Dr. Jeyaindran memberitahu, berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Global Initiave For Asthma (GINA) rawatan asma bergantung pada tahap keseriusannya.
Tahap keseriusan penyakit asma yang dihidapi boleh dikenal pasti melalui gejala- gejala yang dialami pesakit. Ia diukur dengan menggunakan alat aliran puncak. “Setelah mengetahui tahap penyakit itu, jenis ubat dan dos yang perlu diambil dapat ditentukan oleh doktor,” katanya. “Apabila serangan berlaku, pesakit perlu mengambil ubat sedutan biru bronchodilator yang dapat membantu mengembangkan semula otot-otot yang mengecut. “Ubat ini dapat membantu menghilangkan gejala sesak nafas dan nafas berbunyi,” jelasnya. Bagaimanapun, walaupun ubat itu diberi pembengkakan pada saluran pernafasan masih ada. Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, serangan akan berulang.
Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat sedutan steroid berwarna coklat untuk mengurangkan pembengkakan pada otot paru-paru.
Menurut Dr. Jeyaindran, banyak pesakit hanya mengambil ubat-ubatan apabila mereka mengalami gejala asma sedangkan penghidap asma memerlukan rawatan sepanjang hayat dan bukan cuma ketika berlaku serangan asma akut.
Dalam rawatan, jika keadaan pesakit kurang serius, dos ubat-ubatan boleh dikurangkan atas nasihat doktor.
Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua di Malaysia pada 1996 mendapati 4.2 peratus penduduk negara ini menghidap asma.
Kajian itu juga mendedahkan penyakit asma lebih tinggi di kalangan penduduk bandar (4.5 peratus) berbanding penduduk luar bandar (4.0 peratus). “Daripada jumlah itu, 89.1 peratus menghidap asma yang ringan, 8.8 peratus asma yang sederhana, manakala 2.1 peratus asma yang serius. “Jika dibandingkan dengan gejala di Eropah, penyakit asma di sana agak tinggi serius,” jelas Dr. Jeyaindran. Walaupun hanya 2.1 peratus pesakit asma dikategorikan pada tahap yang serius, secara purata pesakit asma mendapat serangan sebanyak 14 kali dalam setahun.
Setiap serangan berterusan selama empat hari. Dalam tempoh itu, pesakit tidak akan bekerja atau ke sekolah selama dua hari. Ini menunjukkan kawalan asma tidak begitu memuaskan. Berdasarkan garis panduan GINA, asma dianggap terkawal apabila:
Pesakit tidak menghadapi gejala-gejala kronik
Pesakit tidak mendapat serangan akut
Tidak memerlukan bronchodilator
Dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa masalah.
Gejala
Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari.
Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal. Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.
Punca Asma
Faktor keturunan. Ia merupakan sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya.
Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.
Komplikasi
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.
Salah faham mengenai Asma
Penggunaan istilah semput yang dikonotasikan dengan asma adalah tidak tepat. Semput tidak semestinya bermakna penghidapnya mengalami asma. Semput boleh berpunca daripada penyakit paru-paru seperti pneumonia, kronik bronkitis, fibrosis atau penyakit jantung seperti lemah jantung dan kekurangan darah (anemia)
Asma bukan penyakit berjangkit
Asma sukar dirawat
Penyakit ini boleh dirawat dengan rawatan tradisional
Gejala asma hanya boleh ditangani dengan alat semburan bronchodilator.
Menguji tahap asma
Anda boleh mengesan sama ada asma anda terkawal atau sebaliknya dalam tempoh 30 saat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada kerana asma selama empat hari atau lebih dalam seminggu?
Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada ketika anda terjaga pada waktu malam?
Adakah anda berhenti melakukan senaman kerana asma dalam tempoh tiga bulan lalu?
Adakah anda menggunakan ubat sedutan empat kali atau lebih dalam masa seminggu?
Jika jawapan anda `Ya’ pada salah satu soalan atau lebih yang dinyatakan, penyakit asma anda adalah tidak terkawal. Namun jika anda adalah seorang yang terlalu bergantung dengan ubat maka hidup anda sangat terhad. Secara peribadi dapat saya katakan supplement yang baik dapat membantu anda dari terus bergantung dengan ubat.
Sunday, April 7, 2013
Saturday, April 6, 2013
Omega guard bantu pesakit asma & lelah...
Penyakit asma atau lelah antara penyakit yang agak common dewasa ini di kalangan kanak-kanak. (Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri). Seingat saya, masa zaman kanak-kanak dulu, tak ramai kawan yang menghidap asma ni. Tapi sekarang, memang kerap dengar anak kawan-kawan (termasuk anak saya sendiri) yang warded sebab bronchitis, atau terpaksa ambil neb sebab masalah radang saluran pernafasan. Ini MUNGKIN disebabkan faktor persekitaran yang banyak pencemaran serta gaya hidup dan amalan pemakan yang tidak sihat.
Menurut Wikipedia, penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Pengambilan inhaler semasa serangan asma berlaku dapat melegakan pesakit.
Namun, sampai bila pesakit terpaksa bergantung kepada inhaler semata-mata? Apakah cara terbaik untuk mengatasi penyakit asma ini?
Bagaimanakah suplemen Omega-3 mampu mengatasi penyakit asma?
"Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. Because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos, who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers."
Sumber: LiveStrong
Terdapat kajian yang mendapati pengambilan asid lemak Omega-3 serba sedikit membantu mengatasi penyakit lelah. Asid lemak Omega-3 bersifat antiradang. Kerana itu ia sangat baik diambil oleh mereka yang mengalami masalah berkaitan keradangan, seperti asma (radang pernafasan), Artritis reumatoid, dan sebagainya.
Terdapat pelbagai sumber minyak ikan atau Omega-3 di pasaran. Yang mana satukah pilihan yang terbaik?
Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 paling selamat kerana menjalani proses penyulingan proprietari 3 molekul yang mengekstrak Omega-3 yang tulen dan juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Omega 3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk.
Selain itu, kandungan EPA & DHA dalam Omegaguard Shaklee adalah antara yang tertinggi berbanding brand lain di pasaran:
kredit: kioskvitamin
Jom baca apa kata ibu-ibu yang telah berikan Omegaguard Shaklee kepada anak mereka?
Sumber: MamaAtiyyah
Saya sendiri bagai tidak percaya yang Omegaguard Shaklee ini mampu menjadi 'rawatan semulajadi' kepada batuk2 kami sekeluarga. Kalau boleh, memang nak elakkan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi 'dadah'.. walaupun ia tidaklah bahaya dalam jangkamasa pendek.. Tapi kalau kerapkali diambil.. pasti ada risikonya. Dengan Omegaguard, insyaAllah, sikit demi sikit kita dapat perbaiki sistem imun tubuh dan kuranglah kebergantungan kepada ubatan klinik.
Lekas rebut peluang penjimatan Omegaguard Shaklee sempena promo sepanjang Februari ini!!
Inginkan harga istimew? Hubungi saya segera!!
Subscribe to:
Posts (Atom)