Tuesday, November 5, 2013

Perokok tegar dan Vitamin

Nama pun perokok tegar mmg sukar untuk berhenti merokok. BERIKUT adalah suplemen Shaklee yang boleh dicadangkan kpd perokok tegar.

Saturday, October 5, 2013

KHASIAT Collagen Shaklee

Nak tahu pasal khasiat COLLAGEN SHAKLEE??

Jom kita baca:

1) Tumbuhan

---> kebanyakkannya telah diubah suai genetik dan tidak neutral
---> molekul kolagen dari tumbuhan sukar untuk diserap oleh tubuh manusia

2) Haiwan

---> Kebanyakkan kolagen diambil dari kulit ayam atau lembu
---> Risiko anda terdedah kepada penyakit bersangkut dengan penyakit haiwan adalah tinggi (cth: Penyakit lembu gila "mad cow")

3) Ikan

---> Sisik ikan mengandungi kandungan kolagen yang tinggi
---> Ianya tulen dan kurang tercemar
---> molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi kedalam tubuh manusia
---> Mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh manusia

<< Perbezaan Collagen Powder Shaklee >>

1) Shaklee memilih sisik ikan Red Snapper yang hidup sehingga 5000 m kedalam dasar laut, jadi bukan mudah mendapatkan ikan merah ini, tidak sama seperti yang bersusun di pasar.. Sisik ikan merah (RSS) ini mampu menahan tekanan tinggi di dasar laut.. Itulah istimewanya

2) Ianya mempunyai jisim molekul yang rendah, jisim molekul yang rendah meningkatkan luas permukaan untu penyerapan yang lebih efektif.

--> Kolagen di pasaran biasanya mempunyai jisim molekul : 300 000 Dalton dan paling rendah nilainya diantara 3000-5000 Dalton

--> Istimewanya Shaklee Collagen Powder, ia mempunyai Jisim molekul terkecil iaitu 1000 Dalton ( kurang dari 1000 Dalton, molekul akan berada dalam bentuk yang tidak stabil dan sukar diserap oleh tubuh )

3) Ianya bukan sekadar Collagen Powder - inilah yang paling saya suka, membeli dengan bijak kita pastikan mahu lebih nilai untuk wang yang kita laburkan..

---> Shaklee melengkapkan SCP ini dengan + ekstrak glukosamina sbg pelincir sendi dan mata+ lactobacillus acidepilus utk meningkatkan serapan kolagen+ Ekstrak Biji camellia Japonica yang menghidrat dan membekal nutrisi kepada sel+ Ekstrak Pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon, dan untuk kekuatan dalaman(sexual)+ Vitamin C sebagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh+ Vitamin B yang berfungsi untuk menukarkan carbo dan lemak.

Thursday, October 3, 2013

Kanser di kalangan wanita berat berlebihan

~ Kanser dalam kalangan Wanita berlebihan berat badan. Perhatian kepada semua Ladies di @[199825360086064:274:Info Diet]... Disini admin nak share something dengan anda semua kenapa anda perlu dapatkan berat badan yang ideal. Dalam kajian Dr Michel L Leitzman dari lembaga Kanser National Amerika Syarikat di Bethesda, Maryland menyatakan wanita yang obesiti memiliki kemungkinan lebih tinggi untuk diserang kanser ovari. Kajian yang dibuat di Amerika Utara, eropah dan asia menunjukkan lebihan berat badan hingga 13kg dari berat normal meningkatkan risiko kanser rahim hingga 60%. Kajian yang dijalankan di China membuktikan berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat asia adalah faktor risiko utama mendapat kanser payudara. So tunggu apa lagi, rancanglah program penurunan berat badan. Badan yang ideal bukan sahaja nampak menarik tapi ia dapat mengekalkan kesihatan anda pada tahap yang terbaik

Kami ada penyelesaiannya..jom Shaklee!.. ubah cara hidup



Friday, September 13, 2013

COQ Health Plus ..

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?

Di antara fungsi Co Enzim Q10 :
- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL)
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung
 
Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

Shaklee's Difference ??
Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
>> mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.
Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
>> ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Cara Pengambilan :
Diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.

Tuesday, June 25, 2013

Sakit Sendi?

SAKIT SENDI: Punca??Simptom?/ dan TIPS KESIHATAN

Pernah tak rasa sakit tiba-tiba di bahagian pinggang, lutut, bahu dll. bila bergerak berlebihan? Masa tu agaknya kita fikir, "Macam orang tua aku ni sakit pinggang pulak.." Silap. Anda memang silap sebenarnya bila berfikir begitu. Sakit sendi BUKAN penyakit orang tua. Sesiapa pun berisiko tanpa mengenal usia. Sekilas fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :

~ 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
~ 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
~ 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
~ Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
~ 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
~ 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun

Punca SAKIT SENDI?
Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan :

** Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
**Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
** Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
** Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan

Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi?

>Penyakit auto imun seperti Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
> Gout
>Arthrithis
> Osteoporosis
> Tendinitis
>Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat:

*Mudah kejang dan tegang pada sendi
*Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
* Bengkak pada sendi
*Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
*Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi:

> Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
>Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal

***Makan makanan yang baik untuk sendi seperti :


>Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
>Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
>Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
>Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
>Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

ANTARA SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN KHAS UNTUK SAKIT SENDI

1. Joint Health Tablet

*Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
*Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu :
- Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
- Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat

-Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
-Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamin


2. Omega Guard

-Mengurangkan inflamasi
-Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan

- mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
- bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar

***Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans


3. Ostematrix

-Mengurangkan inflamasi
- Mengekalkan sel tulang yang sihat
- Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
-Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
- Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan

***Jom jaga kesihatan sendi. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Hadiahkan set kesihatan sendi ini kepada pasangan, ibu atau bapa tercinta...

Bekalan Kalsium anda

Dapatkan bekalan kalsium yg mencukupi utk tulang dan gigi yg kuat...apatah lgi huat ibu2 yg bru bersalin dan menyusukan anak...bagi susu utk baby...ibu pun perlukan susu utk diri sendiri...jom amalkan seawal mungkin...memang tak rugi pelaburan utk kesihatan...


















*** Bahaya Kurang Kalsium bagi Ibu Hamil & Menyusukan anak***

Adakah anda mendapat cukup kalsium setiap hari???

Tahukah anda ibu hamil & menyusukan anak memerlukan lebih kalsium daripada wanita biasa? Nak tahu apa bahayanya jika anda tidak mendapatkan cukup kalsium? Jom baca lebih lanjut artikel rujukan daripada Metro.
------------------------------------
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. “Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
--------------------------------------------------------------------
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Bagi mereka yg sukar untuk minum susu cuba lah kalsium dari Shaklee...

Apakah Perbezaan pil kalsium dari shaklee?
***Ostematrix Shaklee adalah Kalsium yang dirumus bersama Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang optimum.

Monday, June 24, 2013

Persediaan Berpuasa Dengan SHaklee

Menjelang ramadhan yang tak sampai sebulan je lagi...saya nak cerita sikit tentang suplemen yang selalu laris bila time puasa..tak lain tak bukan Set Mighty 3 Gems yang sesuai untuk seisi keluarga..

Jangan lemah semangat bila kena makan 3 suplemen sekaligus :-) Suplemen ini boleh di adjust mengikut kesesuaian individu samada dari segi bajet,kesihatan dan mengikut selera anda..


 

ESP: Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol,mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.

Performance Drink: Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!

Meal Shakes: Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!


Meal Shakes amat sesuai diberi kepada kanak-kanak yang mula belajar berpuasa kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang berpanjangan disamping dapat membina ketahanan badan kanak-kanak.

Kesimpulannya, set Mighty 3 GEM ini amat sesuai diambil bila-bila masa, seisi keluarga, terutamanya pada bulan puasa. Kalau terlambat bangun, tak sempat menyediakan hidangan sahur, anda hanya bancuh ESP, Meal Shakes dan PD dan minum. Insyaallah ia akan membantu anda berasa bertenaga walaupun tidak bersahur dengan nasi dan lauk-pauk.

Saturday, June 22, 2013

MENU SAHUR HEBAT!!!KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA


ANDA IBU MENYUSU??
ANDA IBU MENGANDUNG?
ANDA SEDANG DIET??
ANDA SEORANG YG AKTIF EBRSUKAN??
NAK GANTI PUASA ATAU INGIN KEKAL BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN??
TAK SUKA MAKAN PIL BANYAK2??

JOM KEKALKAN TENAGA ANDA DENGAN SET MIGHTY TRIPLLE GEM.


INFO : KHAS Untuk anda yang sedang berusaha untuk ganti puasa, yang sedang membanyakkan amalan dengan puasa sunat di Bulan Rejab & Syaaban....Dan untuk sesiapa sahaja yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Bulan Ramadhan termasuklah untuk ibu menyusu, ibu mengandung dan SESIAPA saja....

Energizing Soy Protein
*****************

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.

Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,

Membekalkan tenaga,

Memberikan rasa kenyang

Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat

Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit

Membanyakkan susu badan (milkbooster)

Membantu mengekalkan kepejalan otot

Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal

mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Mealshakes
*********

Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.

Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.

Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.

Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.

Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik

Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Performance Drink
****************

Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu

MENU SAHUR HEBAT!!!KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

Kalsium bantu kurangkan komplikasi semasa meneran?

Oleh NIZHA PERIASWAMY 
nizha.periswamy@kosmo.com.my
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, i bu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari . Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumb er asli

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi .
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi ,” terang Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti .
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya.Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid .
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
Anda bagaimana?

So, saya nak share pasal OsteMatrix SHAKLEE.
- membantu mengurangkan risiko osteoporosis
- membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat
- membantu mengekalkan tekanan darah normal
- membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran sistem saraf
- mengurangkan simptom PMS (senggugut)


Kelebihan OsteMatrix SHAKLEE :
- 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi (highly concentrated) dan mudah diserap
- 400 mg (100% DV) magnesium bergabung dengan kalsium untuk kekuatan tulang
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.

Friday, June 21, 2013

Set D Shaklee

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas adalah masalah kulit yang umum di Malaysia.

Ada yang mengambil jalan singkat, menutup dengan segala macam bedak, foundation dan concealer, tapi hakikatnya di balik topeng bedak, faundation dan concealer kulit masih tetap bermasalah. Biasa terbaca di akhbar, bila giat sangat mencuba produk kecantikan yang baru hanya menambah duka dan masalah di muka. Kulit muka terbakar, tambah berjerawat dan menjadi semakin sensitif. Oleh itu, sangat penting selidik dulu sebelum menyapu apa di muka anda.

Atau mahu lebih selamat, rawatlah kulit muka dari dalam dan bukan menggunakan jalan singkat. Amalkan rejim kesihatan kulit yang sihat. Seperti dalam Islam, wuduk yang sempurna akan menjadikan wajah cantik berseri. Pengambilan makanan yang sihat dan penjagaan diri yang baik juga penting untuk mendapatkan kulit secantik bidadari. 

wajah berseri

berikut adalah beberapa panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri:
  • minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
  • lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin bagi memelihara kulit dan badan
  • mengamalkan pengambilan Vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen
  • Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan , mengurangkan kedutan dan bintik penuaan.
  • Vitamin B Complex juga penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri
  • Asid Lemak Omega 3 dan 6 mengawal lembapan kulit
  • Asid Amino L-Cystein memberikan kulit yang sihat, muda dan anjal
  • Pengambilan Zinc yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak


Jadi apakah yang Shaklee tawarkan bagi mendapatkan kulit cantik berseri bak bidadari?

Berikut adalah beberapa cadangan suplemen asas:

Set D Shaklee:

set penjagaan kulit

Set D Shaklee dengan Extra Protein:

ESP kulit cantik


Set Kulit Cantik Khas Bagi Kulit Berjerawat:

ubat jerawat

Cadangan suplemen tambahan bagi kulit cantik:

kulit tegang

Dan last but not least, diantara yang terbaru dan terhangat dari Shaklee, Collagen Powder. Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan 8 minggu berturut-turut akan menghasilkan wajah yang cantik, muda, anjal dan berseri.

Collagen Powder Shaklee

shaklee collagen powder

Set D Shaklee adalah pilihan ramai yang ingin mendapatkan kulit yang cantik, berseri, anjal dan kelihatan muda. Mungkin disebabkan harga yang mampu milik dan terbukti berkesan menjadikan Set D Shaklee begitu laris dipasaran.

Pilihlah set kecantikan dengan bijak, bukan membuta tuli. Jangan ambil jalan singkat. Dr Masrsha Gordon, Timbalan Presiden di Jabatan Dermatology Mount Sinai School of Medicice berkata "Sekiranya ada krim yang dapat memberikan kesan yang sama seperti prosedur perubatan (cepat dan berkesan), kemungkinan ia adalah DADAH, dan bukan BAHAN KECANTIKAN"

Hubungi saya bagi mendapatkan set yang paling sesuai dengan kulit anda. Insyaallah jika konsisten, hasilnya pasti MELETOPPSS!

Wednesday, June 19, 2013

ESP SHaklee....

Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?
Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.
Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!
Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.
Shaklee_ESP_Celikvitamin
1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
3. Berapa harga satu canister ESP?
4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
6. Apa rasa ESP sebenarnya?
7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
 
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya? 
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
TAHUKAH ANDA?
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI,
Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera :)


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/10-soalan-popular-mengenai-esp/