Sunday, August 7, 2016
Monday, February 2, 2015
Water Pitcher Shaklee Terhebat
Ia menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
Saturday, January 31, 2015
Februari Promosi 2015
👍👍👍👍👍👍👍
1) Ostematrix buy 6 free 1
2) Vita lea buy 6 free 1
3) Ostematrix twin pack
4) Vita lea twin pack
5) Vita lea kids buy 3 free 1
6) Advanced joint health buy 3 free
💋💋💋
pls contact
0172192137
Monday, January 5, 2015
Wednesday, December 3, 2014
Tuesday, October 21, 2014
Mealshake Promo Okt 2014 ..buy 3 free 1
15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
Kurangkan Ekzema
Untuk Tumbesaran
Untuk Perkembangan Minda
Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
Untuk Anak kekal aktif
Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
Meningkatkan berat badan anak
Membantu anak fokus
Membantu kurangkan kekerapan asthma
Mengatasi masalah sembelit pada anak
Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu.
Sunday, October 19, 2014
HOT ITEM... energising soy protein
Apa itu ESP Shaklee
Esp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP + 2 sudu yogurt. kacau dan tepek pada muka.
Siapa perlu ambil ESP Shaklee?
1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik
2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihatPenghidap kencing manis
3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna
4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster
5. Penghidap kencing manis
6. Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit
7. Orang yang alergik atau alahan.
8. Wanita ingin menguruskan badan
Kebaikan dan Kelebihan ESP
1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser,
16. Bertindak sebagai antioksidan,
17. Menguatkan sistem imun tubuh,
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik,
19. Memelihara kesihatan jantung
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
24. Membantu merendahkan paras kolestrol,
25. Mencegah osteoporosis
26. Membantu pembentukan sel-sel baru.
27. Membantu menyembuhkan gastrik.
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
32. Kecantikan kulit dan rambut
Perbezaan ESP dengan soya lain
1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
6. Rendah lemak, tanpa kolestrol
7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
Sel badan kita terbetuk dari protein. Seharusnya kita memerlukan protein yang berkualiti bagi pertumbuhan sel baru. Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat dan vitamin dan ini secara tidak lansung badan kita sentiasa sihat,cergas dan bertenaga.
Saturday, October 18, 2014
Khasiat Epal Hijau
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
Set Kehamilan Shaklee
Apakah kelebihan yang terdapat pada Set Kehamilan Shaklee?
Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
Asid folik jga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok
Vita-Lea Shaklee, mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan
Vitamin C yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita-C Shaklee bersamaan 71/2 biji buah oren. Banyakkan....
Omega Guard Shaklee mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi
Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil
Juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
Energizing Soy Protein(ESP) adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu sangat.
Friday, October 17, 2014
Vitamin C Shaklee
Sustained Release Vita-C Plus 500 mg
Sumber Vitamin C Semulajadi yang disalurkan jam demi jam...
Tubuh kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Vita-C Plus Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan. Vita-C Plus 500 mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Selain itu , Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Antaranya:
membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.
MANFAAT YANG LAIN ADALAH :
Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Apakah KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN Vitamin C SHAKLEE dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran?
Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.
Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan
Ingin saya ingatkn , kesan pengambilan vitamin juga bukanlah sekelip mata. Haruslah sabar dan konsisten dalam pengambilan, barulah kesan optimum dapat dirasai.
Jika ditanya saya, sudah semestinya, Vitamin C Plus Sustained Release Shaklee yang menjadi pilihan saya ... 100% semulajadi , berkesan dan selamat diambil :)
Thursday, October 16, 2014
Promo Oktober 2014
Tragedi Oktober yang deboommm
ESP
ESP
ESP
ESP
ESP
ESP
BUY 6 FREE 1..
Harga berbaloi2 utk pengamalnya...
Pm/wassap
0172192137
Tuesday, November 5, 2013
Perokok tegar dan Vitamin
Nama pun perokok tegar mmg sukar untuk berhenti merokok. BERIKUT adalah suplemen Shaklee yang boleh dicadangkan kpd perokok tegar.
Saturday, October 5, 2013
KHASIAT Collagen Shaklee
Nak tahu pasal khasiat COLLAGEN SHAKLEE??
Jom kita baca:
1) Tumbuhan
---> kebanyakkannya telah diubah suai genetik dan tidak neutral
---> molekul kolagen dari tumbuhan sukar untuk diserap oleh tubuh manusia
2) Haiwan
---> Kebanyakkan kolagen diambil dari kulit ayam atau lembu
---> Risiko anda terdedah kepada penyakit bersangkut dengan penyakit haiwan adalah tinggi (cth: Penyakit lembu gila "mad cow")
3) Ikan
---> Sisik ikan mengandungi kandungan kolagen yang tinggi
---> Ianya tulen dan kurang tercemar
---> molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi kedalam tubuh manusia
---> Mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh manusia
<< Perbezaan Collagen Powder Shaklee >>
1) Shaklee memilih sisik ikan Red Snapper yang hidup sehingga 5000 m kedalam dasar laut, jadi bukan mudah mendapatkan ikan merah ini, tidak sama seperti yang bersusun di pasar.. Sisik ikan merah (RSS) ini mampu menahan tekanan tinggi di dasar laut.. Itulah istimewanya
2) Ianya mempunyai jisim molekul yang rendah, jisim molekul yang rendah meningkatkan luas permukaan untu penyerapan yang lebih efektif.
--> Kolagen di pasaran biasanya mempunyai jisim molekul : 300 000 Dalton dan paling rendah nilainya diantara 3000-5000 Dalton
--> Istimewanya Shaklee Collagen Powder, ia mempunyai Jisim molekul terkecil iaitu 1000 Dalton ( kurang dari 1000 Dalton, molekul akan berada dalam bentuk yang tidak stabil dan sukar diserap oleh tubuh )
3) Ianya bukan sekadar Collagen Powder - inilah yang paling saya suka, membeli dengan bijak kita pastikan mahu lebih nilai untuk wang yang kita laburkan..
---> Shaklee melengkapkan SCP ini dengan + ekstrak glukosamina sbg pelincir sendi dan mata+ lactobacillus acidepilus utk meningkatkan serapan kolagen+ Ekstrak Biji camellia Japonica yang menghidrat dan membekal nutrisi kepada sel+ Ekstrak Pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon, dan untuk kekuatan dalaman(sexual)+ Vitamin C sebagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh+ Vitamin B yang berfungsi untuk menukarkan carbo dan lemak.
Thursday, October 3, 2013
Kanser di kalangan wanita berat berlebihan
Friday, September 13, 2013
COQ Health Plus ..
CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.
Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?
Di antara fungsi Co Enzim Q10 :
- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL)
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung
Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.
Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian
Shaklee's Difference ??
Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
>> mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.
Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
>> ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.
Cara Pengambilan :
Diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.
Tuesday, June 25, 2013
Sakit Sendi?
Pernah tak rasa sakit tiba-tiba di bahagian pinggang, lutut, bahu dll. bila bergerak berlebihan? Masa tu agaknya kita fikir, "Macam orang tua aku ni sakit pinggang pulak.." Silap. Anda memang silap sebenarnya bila berfikir begitu. Sakit sendi BUKAN penyakit orang tua. Sesiapa pun berisiko tanpa mengenal usia. Sekilas fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :
~ 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
~ 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
~ 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
~ Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
~ 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
~ 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun
Punca SAKIT SENDI?
Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan :
** Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
**Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
** Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
** Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.
Penyakit berkaitan sendi?
>Penyakit auto imun seperti Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
> Gout
>Arthrithis
> Osteoporosis
> Tendinitis
>Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella
Tanda-tanda sendi tidak sihat:
*Mudah kejang dan tegang pada sendi
*Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
* Bengkak pada sendi
*Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
*Bunyi berkeriuk pada sendi
Tips penjagaan kesihatan sendi:
> Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
>Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
***Makan makanan yang baik untuk sendi seperti :
>Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
>Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
>Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
>Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
>Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi
ANTARA SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN KHAS UNTUK SAKIT SENDI
1. Joint Health Tablet
*Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
*Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu :
- Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
- Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat
-Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
-Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamin
2. Omega Guard
-Mengurangkan inflamasi
-Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan
- mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
- bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
***Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
3. Ostematrix
-Mengurangkan inflamasi
- Mengekalkan sel tulang yang sihat
- Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
-Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
- Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
***Jom jaga kesihatan sendi. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Hadiahkan set kesihatan sendi ini kepada pasangan, ibu atau bapa tercinta...
Bekalan Kalsium anda
Dapatkan bekalan kalsium yg mencukupi utk tulang dan gigi yg kuat...apatah lgi huat ibu2 yg bru bersalin dan menyusukan anak...bagi susu utk baby...ibu pun perlukan susu utk diri sendiri...jom amalkan seawal mungkin...memang tak rugi pelaburan utk kesihatan...
Adakah anda mendapat cukup kalsium setiap hari???
Tahukah anda ibu hamil & menyusukan anak memerlukan lebih kalsium daripada wanita biasa? Nak tahu apa bahayanya jika anda tidak mendapatkan cukup kalsium? Jom baca lebih lanjut artikel rujukan daripada Metro.
------------------------------
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. “Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
------------------------------
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Bagi mereka yg sukar untuk minum susu cuba lah kalsium dari Shaklee...
Apakah Perbezaan pil kalsium dari shaklee?
***Ostematrix Shaklee adalah Kalsium yang dirumus bersama Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang optimum.
Monday, June 24, 2013
Persediaan Berpuasa Dengan SHaklee
Jangan lemah semangat bila kena makan 3 suplemen sekaligus :-) Suplemen ini boleh di adjust mengikut kesesuaian individu samada dari segi bajet,kesihatan dan mengikut selera anda..
ESP: Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol,mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.
Performance Drink: Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!
Meal Shakes: Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!
Kesimpulannya, set Mighty 3 GEM ini amat sesuai diambil bila-bila masa, seisi keluarga, terutamanya pada bulan puasa. Kalau terlambat bangun, tak sempat menyediakan hidangan sahur, anda hanya bancuh ESP, Meal Shakes dan PD dan minum. Insyaallah ia akan membantu anda berasa bertenaga walaupun tidak bersahur dengan nasi dan lauk-pauk.
Saturday, June 22, 2013
MENU SAHUR HEBAT!!!KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA
ANDA IBU MENYUSU??
ANDA IBU MENGANDUNG?
ANDA SEDANG DIET??
ANDA SEORANG YG AKTIF EBRSUKAN??
NAK GANTI PUASA ATAU INGIN KEKAL BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN??
TAK SUKA MAKAN PIL BANYAK2??
JOM KEKALKAN TENAGA ANDA DENGAN SET MIGHTY TRIPLLE GEM.
INFO : KHAS Untuk anda yang sedang berusaha untuk ganti puasa, yang sedang membanyakkan amalan dengan puasa sunat di Bulan Rejab & Syaaban....Dan untuk sesiapa sahaja yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Bulan Ramadhan termasuklah untuk ibu menyusu, ibu mengandung dan SESIAPA saja....
Energizing Soy Protein
*****************
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
Membekalkan tenaga,
Memberikan rasa kenyang
Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
Membanyakkan susu badan (milkbooster)
Membantu mengekalkan kepejalan otot
Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
Mealshakes
*********
Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
Performance Drink
****************
Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu
Kalsium bantu kurangkan komplikasi semasa meneran?
Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.myAPABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.Jelas Delilah, i bu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari . Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Diet sumb er asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi .“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi ,” terang Delilah.PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti .Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya.Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid .“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
- membantu mengurangkan risiko osteoporosis- membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat- membantu mengekalkan tekanan darah normal- membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran sistem saraf- mengurangkan simptom PMS (senggugut)
![~ Kanser dalam kalangan Wanita berlebihan berat badan.
Perhatian kepada semua Ladies di @[199825360086064:274:Info Diet]...
Disini admin nak share something dengan anda semua kenapa anda perlu dapatkan berat badan yang ideal.
Dalam kajian Dr Michel L Leitzman dari lembaga Kanser National Amerika Syarikat di Bethesda, Maryland menyatakan wanita yang obesiti memiliki kemungkinan lebih tinggi untuk diserang kanser ovari.
Kajian yang dibuat di Amerika Utara, eropah dan asia menunjukkan lebihan berat badan hingga 13kg dari berat normal meningkatkan risiko kanser rahim hingga 60%.
Kajian yang dijalankan di China membuktikan berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat asia adalah faktor risiko utama mendapat kanser payudara.
So tunggu apa lagi, rancanglah program penurunan berat badan. Badan yang ideal bukan sahaja nampak menarik tapi ia dapat mengekalkan kesihatan anda pada tahap yang terbaik :like:
===
Bagi anda yang SERIUS ingin MEMBAKAR LEBIHAN LEMAK pada diri anda dalam masa 30 hari dengan berkesan, anda boleh pelajarinya melalui EBOOK BAKAR LEMAK PANTAS disini:
==>http://goo.gl/1wxQr](https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s370x247/1379925_545857118816218_1665735784_n.jpg)






