Saturday, October 18, 2014

Set Kehamilan Shaklee

Apakah kelebihan yang terdapat pada Set Kehamilan Shaklee?

Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
Asid folik jga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok

Vita-Lea Shaklee, mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan

Vitamin C yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita-C Shaklee bersamaan 71/2 biji buah oren. Banyakkan....

Omega Guard Shaklee mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi

Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil
Juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi

Energizing Soy Protein(ESP) adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu sangat.

Friday, October 17, 2014

Vitamin C Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg

Sumber Vitamin C Semulajadi yang disalurkan jam demi jam...

Tubuh kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Vita-C Plus Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan. Vita-C Plus 500 mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Selain itu , Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Antaranya:

membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.

MANFAAT YANG LAIN ADALAH :

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Apakah KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN Vitamin C SHAKLEE dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran?

Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.

Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan

Ingin saya ingatkn , kesan pengambilan vitamin juga bukanlah sekelip mata. Haruslah sabar dan konsisten dalam pengambilan, barulah kesan optimum dapat dirasai.

Jika ditanya saya, sudah semestinya, Vitamin C Plus Sustained Release Shaklee yang menjadi pilihan saya ... 100% semulajadi , berkesan dan selamat diambil :)

Thursday, October 16, 2014

Promo Oktober 2014

Tragedi Oktober yang deboommm

ESP
ESP
ESP
ESP
ESP
ESP

BUY 6 FREE 1..
Harga berbaloi2 utk pengamalnya...
Pm/wassap
0172192137

Tuesday, November 5, 2013

Perokok tegar dan Vitamin

Nama pun perokok tegar mmg sukar untuk berhenti merokok. BERIKUT adalah suplemen Shaklee yang boleh dicadangkan kpd perokok tegar.

Saturday, October 5, 2013

KHASIAT Collagen Shaklee

Nak tahu pasal khasiat COLLAGEN SHAKLEE??

Jom kita baca:

1) Tumbuhan

---> kebanyakkannya telah diubah suai genetik dan tidak neutral
---> molekul kolagen dari tumbuhan sukar untuk diserap oleh tubuh manusia

2) Haiwan

---> Kebanyakkan kolagen diambil dari kulit ayam atau lembu
---> Risiko anda terdedah kepada penyakit bersangkut dengan penyakit haiwan adalah tinggi (cth: Penyakit lembu gila "mad cow")

3) Ikan

---> Sisik ikan mengandungi kandungan kolagen yang tinggi
---> Ianya tulen dan kurang tercemar
---> molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi kedalam tubuh manusia
---> Mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh manusia

<< Perbezaan Collagen Powder Shaklee >>

1) Shaklee memilih sisik ikan Red Snapper yang hidup sehingga 5000 m kedalam dasar laut, jadi bukan mudah mendapatkan ikan merah ini, tidak sama seperti yang bersusun di pasar.. Sisik ikan merah (RSS) ini mampu menahan tekanan tinggi di dasar laut.. Itulah istimewanya

2) Ianya mempunyai jisim molekul yang rendah, jisim molekul yang rendah meningkatkan luas permukaan untu penyerapan yang lebih efektif.

--> Kolagen di pasaran biasanya mempunyai jisim molekul : 300 000 Dalton dan paling rendah nilainya diantara 3000-5000 Dalton

--> Istimewanya Shaklee Collagen Powder, ia mempunyai Jisim molekul terkecil iaitu 1000 Dalton ( kurang dari 1000 Dalton, molekul akan berada dalam bentuk yang tidak stabil dan sukar diserap oleh tubuh )

3) Ianya bukan sekadar Collagen Powder - inilah yang paling saya suka, membeli dengan bijak kita pastikan mahu lebih nilai untuk wang yang kita laburkan..

---> Shaklee melengkapkan SCP ini dengan + ekstrak glukosamina sbg pelincir sendi dan mata+ lactobacillus acidepilus utk meningkatkan serapan kolagen+ Ekstrak Biji camellia Japonica yang menghidrat dan membekal nutrisi kepada sel+ Ekstrak Pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon, dan untuk kekuatan dalaman(sexual)+ Vitamin C sebagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh+ Vitamin B yang berfungsi untuk menukarkan carbo dan lemak.

Thursday, October 3, 2013

Kanser di kalangan wanita berat berlebihan

~ Kanser dalam kalangan Wanita berlebihan berat badan. Perhatian kepada semua Ladies di @[199825360086064:274:Info Diet]... Disini admin nak share something dengan anda semua kenapa anda perlu dapatkan berat badan yang ideal. Dalam kajian Dr Michel L Leitzman dari lembaga Kanser National Amerika Syarikat di Bethesda, Maryland menyatakan wanita yang obesiti memiliki kemungkinan lebih tinggi untuk diserang kanser ovari. Kajian yang dibuat di Amerika Utara, eropah dan asia menunjukkan lebihan berat badan hingga 13kg dari berat normal meningkatkan risiko kanser rahim hingga 60%. Kajian yang dijalankan di China membuktikan berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat asia adalah faktor risiko utama mendapat kanser payudara. So tunggu apa lagi, rancanglah program penurunan berat badan. Badan yang ideal bukan sahaja nampak menarik tapi ia dapat mengekalkan kesihatan anda pada tahap yang terbaik

Kami ada penyelesaiannya..jom Shaklee!.. ubah cara hidup



Friday, September 13, 2013

COQ Health Plus ..

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?

Di antara fungsi Co Enzim Q10 :
- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL)
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung
 
Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

Shaklee's Difference ??
Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
>> mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.
Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
>> ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Cara Pengambilan :
Diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.