Tuesday, November 5, 2013

Perokok tegar dan Vitamin

Nama pun perokok tegar mmg sukar untuk berhenti merokok. BERIKUT adalah suplemen Shaklee yang boleh dicadangkan kpd perokok tegar.

Saturday, October 5, 2013

KHASIAT Collagen Shaklee

Nak tahu pasal khasiat COLLAGEN SHAKLEE??

Jom kita baca:

1) Tumbuhan

---> kebanyakkannya telah diubah suai genetik dan tidak neutral
---> molekul kolagen dari tumbuhan sukar untuk diserap oleh tubuh manusia

2) Haiwan

---> Kebanyakkan kolagen diambil dari kulit ayam atau lembu
---> Risiko anda terdedah kepada penyakit bersangkut dengan penyakit haiwan adalah tinggi (cth: Penyakit lembu gila "mad cow")

3) Ikan

---> Sisik ikan mengandungi kandungan kolagen yang tinggi
---> Ianya tulen dan kurang tercemar
---> molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi kedalam tubuh manusia
---> Mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh manusia

<< Perbezaan Collagen Powder Shaklee >>

1) Shaklee memilih sisik ikan Red Snapper yang hidup sehingga 5000 m kedalam dasar laut, jadi bukan mudah mendapatkan ikan merah ini, tidak sama seperti yang bersusun di pasar.. Sisik ikan merah (RSS) ini mampu menahan tekanan tinggi di dasar laut.. Itulah istimewanya

2) Ianya mempunyai jisim molekul yang rendah, jisim molekul yang rendah meningkatkan luas permukaan untu penyerapan yang lebih efektif.

--> Kolagen di pasaran biasanya mempunyai jisim molekul : 300 000 Dalton dan paling rendah nilainya diantara 3000-5000 Dalton

--> Istimewanya Shaklee Collagen Powder, ia mempunyai Jisim molekul terkecil iaitu 1000 Dalton ( kurang dari 1000 Dalton, molekul akan berada dalam bentuk yang tidak stabil dan sukar diserap oleh tubuh )

3) Ianya bukan sekadar Collagen Powder - inilah yang paling saya suka, membeli dengan bijak kita pastikan mahu lebih nilai untuk wang yang kita laburkan..

---> Shaklee melengkapkan SCP ini dengan + ekstrak glukosamina sbg pelincir sendi dan mata+ lactobacillus acidepilus utk meningkatkan serapan kolagen+ Ekstrak Biji camellia Japonica yang menghidrat dan membekal nutrisi kepada sel+ Ekstrak Pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon, dan untuk kekuatan dalaman(sexual)+ Vitamin C sebagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh+ Vitamin B yang berfungsi untuk menukarkan carbo dan lemak.

Thursday, October 3, 2013

Kanser di kalangan wanita berat berlebihan

~ Kanser dalam kalangan Wanita berlebihan berat badan. Perhatian kepada semua Ladies di @[199825360086064:274:Info Diet]... Disini admin nak share something dengan anda semua kenapa anda perlu dapatkan berat badan yang ideal. Dalam kajian Dr Michel L Leitzman dari lembaga Kanser National Amerika Syarikat di Bethesda, Maryland menyatakan wanita yang obesiti memiliki kemungkinan lebih tinggi untuk diserang kanser ovari. Kajian yang dibuat di Amerika Utara, eropah dan asia menunjukkan lebihan berat badan hingga 13kg dari berat normal meningkatkan risiko kanser rahim hingga 60%. Kajian yang dijalankan di China membuktikan berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat asia adalah faktor risiko utama mendapat kanser payudara. So tunggu apa lagi, rancanglah program penurunan berat badan. Badan yang ideal bukan sahaja nampak menarik tapi ia dapat mengekalkan kesihatan anda pada tahap yang terbaik

Kami ada penyelesaiannya..jom Shaklee!.. ubah cara hidup



Friday, September 13, 2013

COQ Health Plus ..

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?

Di antara fungsi Co Enzim Q10 :
- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL)
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung
 
Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

Shaklee's Difference ??
Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
>> mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.
Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
>> ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Cara Pengambilan :
Diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.

Tuesday, June 25, 2013

Sakit Sendi?

SAKIT SENDI: Punca??Simptom?/ dan TIPS KESIHATAN

Pernah tak rasa sakit tiba-tiba di bahagian pinggang, lutut, bahu dll. bila bergerak berlebihan? Masa tu agaknya kita fikir, "Macam orang tua aku ni sakit pinggang pulak.." Silap. Anda memang silap sebenarnya bila berfikir begitu. Sakit sendi BUKAN penyakit orang tua. Sesiapa pun berisiko tanpa mengenal usia. Sekilas fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :

~ 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
~ 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
~ 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
~ Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
~ 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
~ 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun

Punca SAKIT SENDI?
Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan :

** Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
**Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
** Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
** Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan

Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi?

>Penyakit auto imun seperti Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
> Gout
>Arthrithis
> Osteoporosis
> Tendinitis
>Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat:

*Mudah kejang dan tegang pada sendi
*Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
* Bengkak pada sendi
*Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
*Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi:

> Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
>Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal

***Makan makanan yang baik untuk sendi seperti :


>Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
>Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
>Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
>Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
>Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

ANTARA SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN KHAS UNTUK SAKIT SENDI

1. Joint Health Tablet

*Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
*Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu :
- Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
- Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat

-Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
-Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamin


2. Omega Guard

-Mengurangkan inflamasi
-Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan

- mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
- bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar

***Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans


3. Ostematrix

-Mengurangkan inflamasi
- Mengekalkan sel tulang yang sihat
- Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
-Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
- Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan

***Jom jaga kesihatan sendi. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Hadiahkan set kesihatan sendi ini kepada pasangan, ibu atau bapa tercinta...

Bekalan Kalsium anda

Dapatkan bekalan kalsium yg mencukupi utk tulang dan gigi yg kuat...apatah lgi huat ibu2 yg bru bersalin dan menyusukan anak...bagi susu utk baby...ibu pun perlukan susu utk diri sendiri...jom amalkan seawal mungkin...memang tak rugi pelaburan utk kesihatan...


















*** Bahaya Kurang Kalsium bagi Ibu Hamil & Menyusukan anak***

Adakah anda mendapat cukup kalsium setiap hari???

Tahukah anda ibu hamil & menyusukan anak memerlukan lebih kalsium daripada wanita biasa? Nak tahu apa bahayanya jika anda tidak mendapatkan cukup kalsium? Jom baca lebih lanjut artikel rujukan daripada Metro.
------------------------------------
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. “Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
--------------------------------------------------------------------
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Bagi mereka yg sukar untuk minum susu cuba lah kalsium dari Shaklee...

Apakah Perbezaan pil kalsium dari shaklee?
***Ostematrix Shaklee adalah Kalsium yang dirumus bersama Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang optimum.

Monday, June 24, 2013

Persediaan Berpuasa Dengan SHaklee

Menjelang ramadhan yang tak sampai sebulan je lagi...saya nak cerita sikit tentang suplemen yang selalu laris bila time puasa..tak lain tak bukan Set Mighty 3 Gems yang sesuai untuk seisi keluarga..

Jangan lemah semangat bila kena makan 3 suplemen sekaligus :-) Suplemen ini boleh di adjust mengikut kesesuaian individu samada dari segi bajet,kesihatan dan mengikut selera anda..


 

ESP: Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol,mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.

Performance Drink: Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!

Meal Shakes: Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!


Meal Shakes amat sesuai diberi kepada kanak-kanak yang mula belajar berpuasa kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang berpanjangan disamping dapat membina ketahanan badan kanak-kanak.

Kesimpulannya, set Mighty 3 GEM ini amat sesuai diambil bila-bila masa, seisi keluarga, terutamanya pada bulan puasa. Kalau terlambat bangun, tak sempat menyediakan hidangan sahur, anda hanya bancuh ESP, Meal Shakes dan PD dan minum. Insyaallah ia akan membantu anda berasa bertenaga walaupun tidak bersahur dengan nasi dan lauk-pauk.