Monday, March 4, 2013

Mengapa perlu vitamin & suplemen - PART 2


11. Alahan Makanan
Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium


12. Kehilangan Nutrien Tanaman
Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.


13. Kemalangan dan Penyakit
Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.


14. Tekanan atau Stress
Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.


15. Sindrom pra haid
Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.




16. Remaja
Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.



17. Wanita Hamil
Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.



18. Pil Perancang
Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.


19. Warga Emas
Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.


Sumber: Ensiklopedia Vitamin & Herba 21st Century dari blog



selesai sudah?..dah baca ke 19 sebab kenapa badan anda tu perlukan vitamin. Masih lagi nafikan? Tepuk dada tanya kesihatan anda..(uhuk uhuk, tepuk kuat sangat)


Jagalah badan anda sebaik mungkin kerana badan anda tu amanah Allah. Kita perlukan badan yang sihat untuk beribadah dan menabur bakti kepada kedua ibu bapa, keluarga, bangsa, agama dan negara. Chewah!
mudah-mudahan.....

jom makan VItamin...

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan .


Kredit to CIkgu Hani Blog 

No comments:

Post a Comment